Aug 26, 2011

Syukur

Alhamdulillah....
Dapat menjalani bulan Ramadhan hampir ke hujung..
Ramadhan kali ini lebih baik dari dulu..
Terawih kali ini lebih banyak dari dulu..
Tak membaxir ke bazaar macam dulu..
Dapat control makan sikit dari sebelum puasa..
Bersopan-santun berbaju kurung gadis melayu sepanjang bulan Ramadhan..




Aug 1, 2011

Puasa Datang Lagi

Puasa datang lagi.Alhamdulillah bersyukur padaNya..
Dulu puasa sebagai seorang student..
Dulu puasa sebagai seorang penganggur..
Sekarang puasa sebagai seorang pekerja..
Sangat berbeda rasanya..
Asyik tengok jam kire time nak balik..
Sangat excited nak balik buke dgn family..
Tapi hari ni first day puasa jam 545 pm still dalam kereta..





Selamat Berpuasa

Jul 23, 2011

Roasted Chicken

Dulu - Mak masak kan roasted chicken untuk anak-anak.
Sekarang - Anak-anak masak kan untuk mak roasted chicken.

Tu tandanya semua anak-anak dah besar-besar belaka. Bahasa pasarnya dah boleh kahwin oiiiiii....




Cepatnya Masa Berlalu

May 21, 2011

Jejaka Idaman

Semalam pi tengok pakcik Johnny Depp dengan geng.Tiket pukul 845 malam tapi terlambat sangat-sangat dalam 15minit plus-plus.Sebabnya adalah saya.Nasib tak kena baling popcorn.Sorry geng.Balik lambat.Then rush nak siap semua.Banyak kerja sangat-sangat so terpaksa extend balik lambat.Dah bajet masa sebenarnya tapi tu lah termiss jugak.



Takde gambar sempat snap sebab rushing gile.Berlari-lari nak masuk takut banyak miss.Just ade status kat fb konon-konon nya macam gambar pi tengok Pakcik Johnny Depp.Cerita okay lah.Johnny Depp still dengan lawak bodoh dia.Memang kelakar.Tu tak nafikan.But kali ni punya wa lagi suka dengan paderi dalam movie ni.Hensem plus badan dia superb wooo.Dia bukak baju bagi si mermaid tu pakai.Mermaid dia cun seyhh.Try google gambar tak jumpa.So tengok sendiri baru tau siapa gerangan paderi yang hensem berbadan sasa lagi tegap itu.Dah lah kuat agama hensem pulak tu.Pakej seyh.Tetibe teringat Ashraf Muslim.Okay cukup berangan.







berlayar bersama jejaka idaman

May 17, 2011

Berkebaya Di Hari Sabtu

Last Sabtu my cousin menamatkan zaman anak daranya.Sudah bertukar status menjadi isteri orang.Pagi-pagi mum dah bising suruh bangun siap cepat-cepat.Sorang siap mekap semua dah berejam.Dah janji dengan nenek semua sharp pukul 12 nak gerak.




Macam biasa bergambar sakan sesama sendri dulu before majlis bermula.Berbaju kebaya sakan jadi kena duduk sopan-santun bersimpuh senyum malu-malu.Oh senyum malu-malu tu memang tak lah.Cuma cakap sikit cover since kat masjid kan.Duduk borak pot-pet-pot-pet tunggu lafaz lafaz akad-nikah ni.




Cousin saya bersongket hijau duduk bersimpuh tunggu suaminyak datang nak sarung cincin.Suami-isteri sibuk melayan kamera kiri dan kanan.Semoga berbahagia ke akhir hayat.




can't wait for coming wedding

Apr 26, 2011

Layan Lagu

Wa tengah layan lagu..rasa mahu berblogging malam ni..tapi wa takde idea..Layan lagu cari idea..sebab entry wa kosong dah ni..
Suddenly "I never be the same..kata Katy Perry..but I want you to be the same..bak kata Joey Mcintyre "Stay the Same"..Manusia sentiasa akan berubah..bak kata pepatah "pantai pun berubah inikan pula manusia..chehh apa aku melalut ni..
okay sekarang turn Justin Bieber lak nyanyi.."Baby baby ooo baby"..terus wa teringat boo..okay tu cerita lama..sudah tekubur..wa tau lu baca blog wa..so Hello ex-boo..wa tak nak approve fb lu..lu paham-paham la sendiri okay..lu pi dok sana jauh-jauh..jangan kacau wa kat sini okay..
next lagu sedih pulak..lagu time bulan puasa lepas..cerita "syurgamu Ramadhan"..gila wa ingat..cerita superb..bila dah besar ni time bulan puasa rasa macam lebih bererti sikit..mungkin sebab time kecik-kecik dulu puasa tu hanya satu keseronokan..puasa-raya-dapat duit raya..bile dah besar ni rasa rindu gile time budak-budak..
Next lagu Mizz Nina..sebab lagu ni terus meletup minah ni.."What you waiting for" bak kata si tunang Noh ni..wa pernah jumpa Noh..masa tu rambut dia Ɣªήğ belum potong lagi tu..pergh kalah rambut wa okay..lembut gila..rasa nak pegang..then buat iklan "guna jari pun boleh"..masa jumpa tu kereta wa eksiden pastu nak buat police report kat kl tu..tengah cakap kat fon ni "wei aku jumpa MUH" padahal Noh kat belakang..wa confuse Noh ke MUH..sampai sekarang jadi bahan dek elia..ok fine..
Lagu Faradhiya pulak..lagu karok ni.."Lihat lihat ke dalam mataku.." Layan wei kalau karaoke ni..sekarang mak apak wat dah tak banned karaoke..diorang yg lagi naik hantu kalau pi karaoke..pas ni kalau nak pi karaoke bilik asing-asing..memang mic tu tak dapat lah kan..."Cinta mu bertakhta di hati..""Aku tak kenali apa itu cinta"
Next lagu dari seberang pulak..Tomat..lagu berunsur agama sikit..wa pernah layan karok gak lagu ni..layan gak "ingat mati ingat sakit ingat lah saat kau sulit"..terus teringat kat ofis tadi ada member tanya hal keagamaan pada wa..rasa bangga pulak bila ditanya dan dpt menjawab soalan tu..tengok wa camni ingat jahat sangat ke..luar lain dalam lain..
Yea lagi satu lagu seberang..wajib masa karok.."Ibu ibu bapak bapak siapa Ɣªήğ punya anak.." Lagu ni enjoy wei..walaupun group ni takde la Ɣªήğ hensem tapi lagu diorang boleh la layan..cari jodoh..disebabkan sekarang memang ramai gile nak kahwin so sesuai la tu..jodoh jodoh..ada jodoh tak kemana..

Sebenarnya nak dengar kejap je lagu ni..wa suruh adik wa tinggalkan mp3 dia ni konon-konon nak pergi gym nak dengar lagu..konon lagi bersemangat lah nak exercise..tapi hari-hari balik penat..bilalah betul-betul semangat ni..

Apr 9, 2011

Penyakit EM..

Wa nak update cerita terbaru tapi wa sangat malas.
Penyakit ni mai dah.
Bukannya takde penyakit ni tapi sejak akhir-akhir ni makin menjadi-jadi.
Everyweek selalu jer online tapi wa sangat malas nak taip-taip update story.
Next time la wa update.







still okay